fbpx

Cara Membuat Ayam Percik Dengan Mudah. Kalau Anda Ada Air Fryer, Bolehlah Cuba Resepi Ini.

iCookAsia

Ayam Percik ini kebiasaanya kita akan dapatkan di pasar malam. Tetapi, dah PKP ini, risau juga kan nak beli di luar? Memang buka, tapi kita sendiri risau dan akan mengambil langkah selamat. 

Jangan risau. Kalau anda teringin, dan ada perkakas dapur Air Fryer di rumah boleh cuba resipi di bawah ini. Nampak mudah kan? Mestilah! Dengan Air Fryer, proses memasak kita jadi lebih senang dan cepat.

Terima kasih SuiSan Aliezsha untuk perkongsian resipi Ayam Percik ini 🙂

Bahan-bahan:

Ayam (dicuci dan toskan)

 

Cili kering (dikisar) 

Bawang besar (dikisar) 

Bawang putih (dikisar) 

Halia (dikisar) 

Serai (dikisar) 

Kunyit hidup (dikisar) 

 

Ketumbar (kisar halus) 

Jintan manis (kisar halus) 

Cara memasak:

  1. Tumis bahan-bahan tanpa minyak. Pastikan garam gula secukup rasa. 
  2. Masukkan ayam yang sudah dimasak separuh masak. Kemudian letak ayam di atas stand renyis olive oil, minyak masak pun boleh. Bakar pada suhu Air Fryer 200-15 minit (bergantung pada air fryer masing-masing. Tidak cukup masak, tambah masa). Suhu oven 180-20 minit.

 

Bahan untuk kuah:

Cili kering (dikisar)

Bawang putih (dikisar)

Sos cili

Gula merah

Gula pasir

1 sudu besar tepung jagung

 

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali atau periuk. Masukkan cili, masukkan sedikit air dan kacau-kacau sehingga cili masak.
  2. Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Pastikan gula garam secukup rasa. Jika ada bijan, boleh campur sahaja dalam kuah.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: SuiSan Aliezsha (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x