in ,

Cara Membuat Bingka Durian Guna Acuan Kecil Je. Guna Air Fryer Pun Menjadi Tau!

Musim Durian dah lepas ke? Mana lah tahu dekat tempat anda ada jual durian lagi kan? Kalau banyak sangat Durian anda dapat, nak makan gitu aje macam takut badan panas pula. Boleh lah cuba buat dalam masakan seperti Bingka Durian ini. Sedap dan bau harum rumah tau! 

Yang paling best, kalau anda tiada oven di rumah boleh guna Air Fryer je. 

Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Bingka Durian ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

3/4 cawan gula pasir

1 cawan isi durian

1 cawan santan

2  1/4 cawan air 

1 biji telur gred A

1 sudu bsr majrin

1 sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning.

Cara membuat:

  1. Blend kesemua bahan diatas hingga sebati.
  2. Sapu loyang 8 x 8 dengan sedikit minyak atau lapik dengan baking paper pun boleh.
  3. Panaskan oven pada suhu 200c dan masak selama 1 jam. Masukan bancuhan ke dalam loyang atau acuan ikut suka dan terus bakar selama 1 jam. Ikut sampai garing atasnya baru sedap dimakan.

*Setelah masak sejukan terlebih dahulu baru potong.

*Kalau guna air fryer, set pada suhu 160 masa 20 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.