fbpx

Cara Membuat Congo Bar Menggunakan Air Fryer Sahaja!

iCookAsia

Kalau teringin makan congo bar, boleh cuba buat sendiri. Resipi ini pun mudah tak perlu guna mixer, tiada oven pun tak apa boleh guna Air Fryer je. Jom tengok resipi ini.

Terima kasih Nik Nur Amirah untuk perkongsian resipi Congo Bar ini 🙂

Bahan-bahan:

150gm butter

250gm gula perang

½tsp esen vanilla

3 biji telur

320gm tepung (gandum/self raising)

2 sk baking powder (kalau pakai tepung gandum)

200gm cip coklat /bar coklat 

50 gm almond flake

Hiasan:

Chip choc

Almond flake

Cara membuat:

  1. Mix sebati gula dan butter. Nak guna mixer atau senduk pun boleh.
  2. Masukkan telur sebiji, kacau sebati. Masuk telur kedua, kacau sebati dan yang ketiga, kacau sebati.
  3. Masukkan esen vanilla dan secubit garam. Kalau tak suka bau vanilla, letak sikit sahaja untuk kurangkan bau hanyir telur.
  4. Masukkan tepung yang sudah diayak. Kalau guna tepung naik sendiri, tak perlu letak baking powder.
  5. Masukkan cip coklat dan bar coklat. Kacau sebati sekejap sahaja, kalau lama nanti coklat bar tu hancur.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang, tabur cip coklat dan almond.
  7. Bakar pada suhu 150°c selama 45 minit. Ikut suhu oven masing-masing. Loyang 9×9. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nik Nur Amirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x