in ,

Cara Membuat ‘Dessert’ Dari Filipina, Buko Pandan. Penyejuk Tekak Terbaik!

Hidangan Buko Pandan ini menjadi semakin popular pada tahun ini. Hidangan pemanis mulut dari Filipina ni sebenarnya tidaklah susah nak buat. Senang je, sediakan hidangan sagu dan agar-agar. Kemudian, dimakan susu segar atau susu cair. 

Kalau anda tak pernah buat dan rasa hidangan ini, inilah masanya! 

Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Buko Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

5gm agar-agar serbuk

2 cawan air/air kelapa muda

1/4 cawan gula 

Sedikit pewarna hijau

Sedikit emulco pandan

1/4 cawan sagu

1 mangkuk besar air

2 cawan susu segar/susu cair

2-4 sudu besar susu pekat (ikut citarasa)

Ais batu

Isi kelapa muda 

Cara membuat:

  1. Masak agar-agar bersama 2 cawan air, gula, pewarna hijau dan emulco pandan hingga mendidih. Jika nak tambah daun pandan pun boleh. Tuangkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan membeku. 
  2. Masak 1 mangkuk air hingga mendidih. Masukkan sagu dan sedikit pewarna hijau. Masak sagu sehingga jernih. Tapis dan buang air sagu. Lalu dan bilas sagu untuk membuang lebihan kanji.
  3. Potong agar-agar yang telah beku ke bentu cube kecil. Isi kelapa dihiris nipis.
  4. Satukan ais batu, susu segar/ susu cair dan susu pekat ke dalam bekas besar. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan pula agar-agar, sagu dan kelapa muda. Sedia untuk dinikmati. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.