fbpx

Cara Membuat Donut Kristal Ball Untuk Jamuan Keramaian. Hias Cantik-Cantik, Baru Ramai Tertarik.

iCookAsia

Pada majlis keramaian, mesti kita hanya terfikir untuk pesan makanan di luar sahaja kan? Terutamanya hidangan utama dan pencuci mulut. Tetapi, disini Admin kongsikan resepi Donut warna-warni yang sangat mudah dan sesuai untuk buat pada majlis keramaian. Tak perlu order dah. Boleh buat sendiri dan pasti lagi puas bila ada yang suka nanti. 

Terima kasih Norazah Ab Rajak untuk perkongsian resipi Kristal Ball Donut ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar susu tepung

2 sudu besar gula

2 sudu besar Majerin SERI PELANGI

1 sudu besar yis mauripan

½ cawan air suam

Cara penyediaan:

  1. Campurkan air, yis dan gula. Tunggu berbuih.
  2. Campurkan tepung gandum, susu dan marjerin dan gaul rata.
  3. Masukkan campuran air yis tadi.  Uli sampai tidak melekat ditangan. Kemudian, biarkan 1 jam.
  4. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin.
  5. Canai dan bentukkan donut. Selepas itu, biarkan 10 minit.
  6. Kemudian, goreng dan boleh hiaskan ikut kesukaan anda. 

Untuk Gula Kristal: Masukkan gula pasir dalam plastik dan letak pewarna. Goncangkan.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norazah Ab Rajak (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x