in ,

Cara Membuat Fettucini Carbonara Style Orang Bujang. Resepi Untuk Makan Malam Yang Senang Sangat.

Terdapat pelbagai resipi bujang yang telah dikongsikan, terutamanya nasi bujang dan macam macam lagi. Tetapi, itu hanya masakan melayu. Disini, seorang pengguna Facebook telah kongsikan resipi menu Western yang orang Bujang sendiri boleh buat! 

Ha, yang bujang tu jom la cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Fettuccine Carbonara ini 🙂

Bahan-bahan:

Secekak fettuccine

Isi αyam

Sekeping cheese

Bawang holland cincang

Bawang putih cincang

2 cawan susu segar (boleh ganti susu cair)

Cili padi (optional)

Daun ketumbar

Cara memasak:


1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi.

2. Masukkan isi ayαm. Masak hingga isi αyam empuk.


3. Tuangkan susu segar. Biarkan sikit mendidih. Masukkan cheese.


4. Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan mix herbs. Kalau tak ada, tak mengapa.


5. Masukkan fettuccine. Perlahankan api. Tutup kuali.


6. Biarkan fettuccine melembut. Tambahkan air sedikit demi sedikit untuk adjust kepekatan kuah.


7. Rasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0