in ,

Cara Membuat Karipap Pusing Dengan Mudah. Hasilnya Memang Rangup Sangat!

Kuih Karipap ini menjadi kegemaran hampir ke semua rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi karipap yang kita dapatkan di gerai tepi jalan. Tetapi, lebih menarik dan best kalau kita tahu untuk buat sendiri kan? 

Jom bersama seorang pengguna Facebook ini, beliau kongsikan cara membuat Karipap Pusing. Hasilnya, memang betul-betul rangup tau. Rugi tak cuba!

Terima kasih Suzana Nurkasih untuk perkongsian resipi Karipap Pusing ini 🙂

Bahan-bahan:

Tepung A

2 cawan tepung gandum

Secubit garam

Air secukupnya

*Uli semua bahan di atas sampai menjadi doh

Tepung B

1 1/2 cawan gandum

Marjerin secukupnya (tak perlu dicairkan)

*Gaul sampai boleh dibulat-bulatkan atau dikepal

Cara membuat:

  1. Bulatkan doh tepung A dan bulatkan doh tepung B. Doh A mesti lebih besar dari doh B.
  2. Leperkan doh A  dan masukkan doh B dalam doh A.
  3. Bulat-bulatkan dan leperkan hingga ke bentuk bulat melonjong dan gulungkan.
  4. Leperkan memanjang dan gulung lagi dan potong menjadi 2 atau 3 bahagian mengikut saiz doh.
  5. Leperkan lagi doh dan doh yang kita leperkan tak perlu tebal atau nipis sangat. 
  6. Kemudian, boleh masukkan inti dan kelim.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Suzana Nurkasih (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.