fbpx

Cara Membuat Kuih Lapis Berwarna Yang Gebu. Guna Sukatan Cawan Je, Dah Jadi Lembut Bergedik.

iCookAsia

Kuih tradisional, Kuih Lapis ini menjadi kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi yang lembut dan senang je nak leraikan satu per satu lapisan kuih ini. Jom buat resepi yang mudah dan menggunakan sukatan cawan je. 

Terima kasih Nurul Jannah untuk perkongsian resipi Kuih Lapis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras*

1 cawan tepung gandum*

2 sudu besar tepung ubi*

1 cawan gula*

1 sudu kecil garam*

4 1/2 cawan santan*

Kordial ros

Pewarna hijau

Cara membuat:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) dan tapis. 
  2. Kemudian, bahagi kepada 3 bahagian sama banyak; 1 mangkuk letak perisa ros, 1 mangkuk letak pewarna hijau dan lagi satu mangkuk biarkan tanpa warna.
  3. Didihkan air kukusan mula melapis bermula warna merah sampai adunan tepung habis. Setiap lapis dikukus 8 minit lapisan terakhir kukus 15 minit dan 5 minit terakhir buka tutup kukusan biar permukaan kuih kering
  4. Biarkan kuih sejuk baru potong. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nurul Jannah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x