in ,

Cara Membuat Rambutan Jeruk, Rasa Masam Manis Yang Sedap Tak Terkata!

Kebiasaannya kita akan makan jeruk mangga atau buah rambutan macam tu sahaja. Tapi kali ni, Admin nak share satu resipi yang pelik tapi sedap. Mesti ada yang tak pernah dengar Rambutan Jeruk kan tapi belum cuba belum tahu tau.

Jom kita buat!

Terima kasih Salwa Wawa C-rain untuk perkongsian resipi Rambutan Jeruk ini 🙂

Bahan-Bahan:

Rambutan

Gula

Garam

Air

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, basuh buah rambutan bersih-bersih. Kemudian, susun dalam bekas bersama taburan garam (boleh anggarkan saja tapi jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit).
  2. Seterusnya, taburkan gula, sedikit sahaja dan jangan melebihi amaun garam.
  3. Setiap lapisan rambutan harus dipastikan terkena taburan garam tau.
  4. Apabila dah siap penuh bekas, tuangkan air sehingga rambutan tenggelam.
  5. Biarkan seminggu, buka dan kacau-kacau. Dah boleh makan.

Rendam sekali dengan kulit ya. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Salwa Wawa C-rain(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.