fbpx

Cara Membuat Resepi Durian Crepe Yang Mudah Dan Kena Dengan Selera

iCookAsia

Mesti ramai peminat durian di sini kan? Setiap kali musim durian, ramai keluar pergi mencari durian. Tapi, walaupun bukan musim durian, Durian Crepe ini tetap menjadi pilihan dan masih dijual tau. Dengan rasa crepe yang nipis dan kena dengan inti yang dibuat. Kena cuba lah resepi ini.

Terima kasih nnurhaziqah untuk perkongsian resipi Resepi Durian Crepe ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung ubi

1 sudu besar tepung custard

1 sudu besar tepung jagung

Garam

3/4 cawan air

1 biji telur gred B

Pewarna kuning

Bahan B:

Non-dairy whipping cream

Isi durian

Cara membuat:

  1. Mula-mula, sediakan satu bekas dan masukkan kesemua bahan A di atas ke dalam bekas tersebut.
  2. Kemudian, kacaukan dengan menggunakan hand mixer.
  3. Tapiskan adunan yang sudah dikacau tadi.
  4. Panaskan kuali dan letakkan adunan crepe sebentar tadi. Buat nipis-nipis sahaja seperti di dalam video di atas. Angkat secara perlahan.
  5. Seterusnya, masukkan whipping cream tadi dan kacau dengan menggunakan mixer sehingga kelihatan gebu dan putih.
  6. Masukkan whipping cream yang dikacau tadi ke dalam piping bag dan letakkan atas lapisan crepe tadi sebagai inti.
  7. Jangan lupa masukkan isi durian juga.
  8. Akhir sekali, lipat lapisan crepe tersebut dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: nnurhaziqah(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x