fbpx

Cara Membuat Roti Arab. Kalau Tak Ada Susu Tepung, Boleh Guna Susu Cair Sebagai Pengganti.

iCookAsia

Kalau di negara Timur atau negara Arab, roti ini merupakan makanan ruji sebelum nasi. Roti, sumber karbohidrat utama untuk mereka. Memang sedap-sedap roti di sana. Ha… kalau terliur tu, boleh cuba buat dengan menggunakan resipi daripada seorang pengguna Facebook ini. Ramai dah cuba, memang betul menjadi.

Terima kasih Reen Kitchen untuk perkongsian resipi Roti Arab ini 🙂

Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum

1 sudu besar yis

1 sudu besar susu tepung

2 sudu besar butter

2 sudu besar gula

1 biji telur

1 cawan air

Garam

Cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dan uli sehingga elastik.
  2. Biarkan adunan sehingga kembang 2 kali ganda.
  3. Tumbuk-tumbuk adunan untuk buang angin dalam tepung dan bentuk kan bulat-bulat mengikut besar mana kita nak.
  4. Bahagikan kepada 10 bahagian.
  5. Canai dan rehatkan atas dulang pembakar selama 10 minit.

(Semasa mencanai, tabur sedikit tepung supaya tidak melekat dan pada dulang, sapu sedikit butter atau minyak)

  1. Bakar pada suhu 150c selama 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Reen Kitchen (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x