in ,

Cara Membuat Roti Kopi Ala Rotiboy. Kalau Tak Ada Tepung Roti, Boleh Ganti Dengan Tepung Gandum.

Ada yang rindu aroma bau Roti Kopi di kedai roti popular iaitu Rotiboy? Kalau untuk anda yang sudah biasa ke kedai ini, setiap kali lalu tepi je mesti terliur dan teringin nak beli kan? 

Dah jadi musim PKP ini, ada sahaja rumah yang tiada Roti Boy ini. Jangan risau, ini dia perkongsian resipi daripada seorang pengguna Instagram. Buat sendiri Roti Boy, baru puas dengan hasilnya.

Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Roti Boy ini 🙂

Bahan-bahan:

1 biji kuning telur

Sedikit garam

30 gm gula

130 ml air sejuk ( – +)

250 gm tepung roti

1 sudu kecil yis

1 sudu besar susu tepung

30 gm marjerin

 

(Bahan untuk Inti)

100 gm butter

4 sudu besar gula

Caranya: Campur 2 Bahan ini dan bulatkan kecil. Sejukkan dalam peti ais)

 

(Bahan untuk Topping)

50 gm butter

40 gm gula perang

1 biji telur

1 sudu besar Nescafé dan 1 sudu besar air panas

60 gm tepung gandum

10 gm tepung jagung

Caranya: Mula-mula campur butter dan gula. Kacau rata dan masukkan telur. Apabila sudah sebati, masukkan air Nescafe. Akhir sekali, masukkan tepung dan kemudian masukkan dalam piping bag. 

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam BREAD maker.
  2. Uli sekejap sampai menjadi doh kasar dan masukkan marjerin.
  3. Uli sampai jadi doh yang lembut dan berkilat.
  4. Timbang doh seberat 40 gm dan bulatkan kemas.
  5. Tekan leper doh dan letak inti. Bulatkan kemas.
  6. Biarkan doh kembang dan letak topping.
  7. Bakar pada suhu 160 api atas dan bawah selama 20 minit atau sehingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0