fbpx

Cara Membuat Rotiboy Buttermilk Menggunakan Air Fryer.

iCookAsia

Dah lama tak makan Rotiboy, bila boleh buat sendiri ni lagi syok makan. Boleh buat untuk minum pagi dan petang, cicah pula dengan kopi panas. Fuhhh

Terima kasih Tiey Mikayla untuk perkongsian resipi Rotiboy Buttermilk ini 🙂

Bahan-bahan Inti:

½ cawan butter/marjerin

5 sudu gula kastor

4 sudu susu tepung anak 

½ cawan tepung gandum

Esen vanila

 

Cara Buat Inti:

Campurkan semua bahan-bahan, gaul sebati. Jika terlalu pekat boleh tambah air suam.

Bahan-bahan Roti:

1 paket yis

1 cawan air suam

2 sudu gula

3 cawan tepung gandum

1 biji telur 

Sedikit garam

1 sudu butter/marjerin

Bahan-bahan Topping

Butter 

Madu

Cara Buat Roti:

  1. Campurkan yis, air suam dan gula. Uli dan biarkan kembang selama 15 minit.
  2. Dalam bekas asing, masukkan tepung gandum, telur, garam dan butter. Gaul sebati.
  3. Selepas 15 minit, masukkan adunan yang sudah kembang ke dalam bekas tadi. Gaul lagi sehingga menjadi doh.
  4. Leperkan roti dan masukkan inti ke dalamnya.
  5. Cairkan butter dan madu untuk dijadikan topping.
  6. Bakar dalam suhu 170 selama 15 minit. Lagi 1-2 minit nak masuk boleh sapukan topping.

 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tiey Mikayla (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x