in ,

Cara Membuat Sambal Belacan Rasa Pedas Terangkat! Tumbuk Guna Lesung Batu Baru Lagi Sedap.

Ada sesetengah orang yang menganggap sambal belacan ini sebagai pelengkap rasa. Kalau tiada sambal belacan ini, rasa macam tak lengkap hidangan kita. Lebih-lebih yang sangat suka dengan pedas, mesti perlukan sambal belacan untuk dicicah dengan apa-apa.

Haa, yang suka sambal belacan tu, boleh cuba ikut resipi ini. Mesti lagi puas bila buat sendiri kan?

Terima kasih Nadia Nutt untuk perkongsian resipi Sambal Belacan ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili padi 15 biji

Cili besar merah 2 biji (potong Kecil)

Sedikit belacan (saya guna belacan kepal Melaka)

Asam Jawa 3 sudu makan 

Cara membuat:

  1. Bersihkan lesung batu, alaskan dengan kain.
  2. Masukkan semua bahan-bahan kecuali air asam jawa. Tumbuk bahan-bahan hingga agak-agak nak lumat. Tetapi jangan lumat sangat.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nadia Nutt (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0