in ,

Cara Membuat Sambal Nasi Kak Wok. Buang Biji Limau Waktu Blend, Takut Nanti Pahit Sangat.

Hidangan Nasi Kak Wok ini, selalu kita dapatkan di gerai tepi jalan sahaja. Jarang juga Admin tahu yang masak untuk satu keluarga. Tetapi, katanya senang sahaja hidangan ini. Yang penting, sambal dia kena padu. Seperti perkongsian resipi dibawah. Ini caranya na buat sambal yang boleh tahan lama.

Terima kasih Dilla Nazri untuk perkongsian resipi Sambal Nasi Kak Wok ini 🙂

Bahan-bahan:

15 biji cili kering direbus

10 biji cili besar merah

30 biji cili padi hijau

6 biji limau kasturi – potong dua, ambik air dan kulit, buang biji

1 ulas bawang putih dibakar

1 inci belacan dibakar 

1/2 cawan cuka 

1/2 cawan gula atau secukup rasa

2-3 sudu kecik garam atau secukup rasa 

Caranya: Blend kesemua bahan, tetapi jangan halus sangat.

*Boleh disimpan di dalam peti. Yang penting, tahan lama sambal ni. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dilla Nazri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0