fbpx

Cara Moden Membuat Kuih Karipap. Ada Inti Udang Dan Daging Black Pepper. Sedapnya…

iCookAsia

Kuih Karipap antara Kuih tradisional yang sangat popular dan digemari ramai. Kalau jumpa yang pandai buat Kuih Karipap ni memang dikira terror lah! 

Haa, apa kata sempena nak masuk bulan Ramadhan ni, kita practice buat kuih karipap. Boleh lah nanti waktu juadah berbuka kita sediakan Kuih Karipap untuk keluarga tersayang. Jom!

Terima kasih Badariah Abdrahman untuk perkongsian resipi Karipap ini 🙂

Cara membuat Kulit Karipap:

  1. Campurkan 1 kg tepung, 3 sudu makan tepung beras dan 1 sudu masak tepung jagung.
  2. Selepas itu, masukkan pula 3 sudu makan marjerin planta. 
  3. Kemudian, 1/2 cawan minyak masak dipanaskan. Sediakan garam air secukupnya. 
  4. Gaul tepung dengan marjerin hingga rata. Dan letakkan minyak panas. Gaul lagi dan uli hingga doh lembut.

Bahan untuk Inti:

1 kg kentang (dipotong dadu. Basuh. Tapis)

200 gm daging kisar/udang pun boleh (potong kecil-kecil)

*Boleh buat  2 adunan, satu daging satu udang

3 biji cili api

1 labu bawang besar

Bawang merah

Bawang putih

Kari daging

Kari ikan

Daun kari

Daun sup

Lada hitam (ditumbuk halus)

Caranya:

  1. Tumis semua rencah dan kemudian masukkan daging.
  2. Letakkan air sedikit. Apabila sudah wangi, masukkan kentang dan masukkan sedikit air dan garam. 
  3. Tumis sampai kering. Akhir sekali, baru lah masukkan daun sup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Badariah Abdrahman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x