in ,

Cara Mudah Buat Portuguese Egg Tart, Confirm Sedap Hingga Tak Cukup Satu

Mesti anda selalu dengar kan mengenai Tart Telur Portugis? Dengan rasanya yang manis dan isi telur yang memang padat menambahkan lagi kelazatan dessert ini. Ada seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu resipi yang sangat senang dan sedap hingga menjilat jari.

Mesti tak sabar kan? Jom kita try.

Terima kasih Mell Abdul Rahman untuk perkongsian resipi Portuguese Egg Tart ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 biji telur gred A

2 sudu besar gula

2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil vanilla essence

200 ml susu kotak

Secubit garam

Untuk puff pastry, boleh sahaja beli yang ready make. Masukkan dalam acuan yang sudah disapukan butter atau majerin sedikit.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati semua bahan. Kalau guna hand whisk lagi elok.
  2. Kemudian, masak atas api yang kecil sehingga pekat sedikit tetapi masih kekal cair. Pastikan untuk sentiasa kacau dan jangan sampai berketul.
  3. Tuang dalam mangkuk kaca untuk elak adunan terus dimasak.
  4. Seterusnya, masukkan adunan dalam puff pastry yang sudah disediakan lebih awal 3/4 penuh.
  5. Akhir sekali, bakar sehingga perang di bahagian atas selama 25 hingga 30 minit dengan api atas bawah pada suhu 170’C mengikut size oven anda.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mell Abdul Rahman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.