X

Cara Mudah Buat Resepi Singgang Ikan. Fuh Memang Sedap Dimakan Dengan Sambal Belacan Ni!

Resepi yang Admin nak share hari ini ialah Singgang Ikan Selar. Cara nak buat hidangan ini pun sangat mudah dan jimat masa. Macam mana pula dengan rasa nya? Sangat sedap. Tambah pula dimakan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Teringat zaman dulu hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nana Sabrina Sarsan perkongsian resipi Singgang Ikan ini 🙂

Bahan-bahan:

Dua ekor ikan selar (belah dua)

Garam secukupnya

Perahan air asam jawa

Air (agak-agak sahaja)

1 biji bawang merah saiz besar (hiris)

2 ulas bawang putih (hiris)

Serai (diketuk)

1 inci halia

1/2 inci kunyit

Serbuk kunyit secukupnya

1 sudu teh minyak

Tomato (optional)

Cili merah dan cili padi (optional)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, campurkan kesemua bahan-bahan di atas.
  2. Seterusnya, didihkan ia dengan menggunakan api yang perlahan sahaja.
  3. Akhir sekali, tunggu selama 20 minit dan boleh tutup api.
  4. Boleh dihidangkan.
  5. Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Sabrina Sarsan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Categories: Articles Recipes
iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More