fbpx

Cara Mudah Dan Sedap Untuk Buat Kuey Teow Kungfu. Terliur Tengok!

iCookAsia

Anda peminat hidangan Kuey Teow Kungfu apabila datang untuk dine-in di restoran atau kedai makan Thai? Sekarang ni dah boleh dine-in buat yang sudah lengkap 2 dos vaksin. Tapi buat yang belum lengkap lagi, jangan risau dan sedih. 

Jom cuba resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Cara tersendiri pun nampak menyelerakan. Yang pasti, senang je nak buat. Asal cukup bahan, pasti menjadi. Jom cuba!

Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Kuey Teow Kungfu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 bungkus kuey teow (untuk 3 orang makan)

1 mangkuk kecil isi ayam 

Udang/sotong

Lobak merah

Bunga kobis 

Putik jagung/ baby corn 

Sawi 

4 ulas bawang putih (dicincang) 

7-8 biji cili api (nak pedas letak lebih)

1 sudu besar lada hitam 

2 sudu besar sos tiram 

Sedikit sos ikan (optional)

1 kiub pati ayam 

1-2 sudu besar tepung jagung (campur bersama sedikit air)

Garam dan gula secukup rasa

Air secukupnya

Minyak untuk menumis 

Hiasan:

Cili api (dipotong halus bersama sedikit kicap cair)

Daun bawang (diricih halus)

Cara memasak:

  1. Untuk kuey teow: Pecahkan sebiji telur (untuk 1 orang makan) dan letakkan secubit garam.
  2. Letakkan sedikit kuey teow dan gaul sebati.
  3. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng (seperti goreng telur dadar). Apabila sudah garing, angkat dan ketepikan dulu. 
  4. Untuk kuah: Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili api. 
  5. Kemudian, masukkan ayam, air, lada hitam dan kiub pati ayam. 
  6. Apabila sudah mendidih, masukkan udang dan sayur. 
  7. Perasakan dengan garam dan gula. 
  8. Letakkan sos tiram, sos ikan, dan tepung jagung. 

*Biarkan kuah pekat (kalau nak pekat lagi boleh tambah tepung jagung).

  1. Apabila sudah siap, tuangkan kuah atas kuey teow tadi dan akhir sekali, taburkan daun bawang dan hidangkan bersama bahan hiasan yang lain. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x