in ,

Cara Mudah Membuat Kek Marjerin. Bukan Cara Je Yang Mudah, Bahan-Bahan Pun Senang Je Nak Dapatkan.

Hidangan Kek ini sangat mudah kalau anda tahu cara yang betul dan sukatan pun guna sukatan cawan. Memudahkan proses membuat kek kita. Seperti perkongsian resipi Kek Marjerin daripada seorang pengguna Facebook ini dimana bahan yang digunakan hanya menggunakan sukatan cawan sahaja. Bahannya pula, senang sahaja untuk dapatkan di kedai runcit, pasaraya atau mana mana kedai kek yang berdekatan. Jom cuba!

Terima kasih Asrinna Bakri untuk perkongsian resipi Kek Marjerin ini 🙂

Bahan-bahan:

250 gram marjerin pelangi

1 ½ cawan gula halus

4 biji telur

1 penutup esen vanilla

2 ½ cawan tepung gandum (ayak 2 kali bersama baking powder)

1 sudu kecil baking powder

1 cawan susu segar

2 sudu kecil pewarna kuning telur

Cara membuat:


1. Pukul marjerin dan gula hingga putih.


2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan esen vanilla.

4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga abis.

5. Titiskan pewarna kuning, cukup sekadar membangkitkan warna.

6. Tuang adunan dalam acuan yang dah disapu mentega.


7. Bakar pada suhu 170° selama satu jam. Api atas bawah. Suhu bergantung pada oven masing-masing.

8. Bila permukaan atas dah perang, tukar pada api bawah je.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Asrinna Bakri (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0