fbpx

Cara Mudah Nak Buat Bihun Sup. Makan Pada Waktu Hujan Ni, Memang Best Dan Menyegarkan!

iCookAsia

Kalau di tempat anda musim hujan sekarang ini, mesti sedap kalau dapat nikmati makanan yang berkuah panas. Segar betul badan. Kalau Admin, terfikir hidangan Bihun Sup je. Ada pula bagaimana?

Kalau anda nak tahu cara mudah buat Bihun Sup, jom ikut resepi di bawah ini!

Terima kasih Hayati Saidin untuk perkongsian resipi Bihun Sup ini 🙂

Bahan-bahan:

3 keping bihun PAMA (bukan bihun pama yang segera tau, bihun yang ada cap PAMA)

5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

Sekeping dada ayam (potong kecil-kecil nipis)

Sekeping fish cake (dipotong nipis)

6 biji fish ball (dibelah dua)

Secamca besar lada putih

Setengah kiub pati ayam maggi

Secamca teh serbuk maggi secukup rasa

Garam

Daun sup daun bawang (dipotong nipis)

Cara memasak:

  1. Panaskan dua camca besar minyak kelapa.
  2. Tumis bawang putih. Agak-agak sudah kekuningan, masukan ayam. Masukkan fish ball dan fish cake. Selepas itu, kacau sebati dan masuk air ikut kadar kuah yang kita nak. 

*Bagi lebih kuah pun tak apa sebab nanti bila kita masukkan bihun, bihun kembang nanti kuah kering.

  1. Apabila sudah mendidih air tadi, masukkan garam, kiub pati ayam, serbuk maggi secukup rasa dan lada putih.
  2. Dalam 5 minit, masukkan bihun yang sudah di basuh. 
  3. Masukkan bihun dan kacau rata apabila bihun dah lembut. Perasakan dengan garam dan lada ikut citarasa anda. 
  4. Akhir sekali, tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.

Cara penyediaan Sambal kicap:

  1. Potong cili api.
  2. Perah limau nipis dan masukkan kicap.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hayati Saidin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x