in ,

Cara Mudah Nak Buat Roti Puri Yang Sedap Dan Elok Je Kembang Nya

Roti Puri memang sangat nikmat kan untuk dimakan dengan rasa lembut tapi pastinya sedap yang buat kan kita tak cukup makan satu sahaja. Apatah lagi dicicah bersama dengan kari, sardin atau apa sahaja pencicah mengikut kesukaan masing-masing. 

Bukan itu sahaja, lagi menyelerakan apabila puri yang dibuat berkembang cantik je. Jom kita try.

Terima kasih Haslinda Hashim untuk perkongsian resipi Roti Puri ini 🙂

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum

2 sudu besar ghee (minyak sapi)

Sedikit garam

Air suam

Cara penyediaan:

  1. Mula-mula, campurkan bahan kering dan gaul-gaul kan ia. Kalau ada mixer, boleh masukkan sahaja ke dalam mixer.
  2. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli sehingga doh lembut. Pastikan doh tidak melekat pada mangkuk.
  3. Kemudian, bulat–bulat  kan dan rehat kan doh  sekejap.
  4. Canai kan ia dan leper-leper.
  5. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Masukkan puri yang sudah di canai tadi.
  6. Akhir sekali, goreng sehingga kekuningan dan siap untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haslinda Hashim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.