in

Cara Mudah Untuk Membuat Tauhu Bergedil

Tauhu Bergedil ini enak dimakan begitu saja atau bersama soto dan bihun sup. Bayangkan, apabila digigit tu anda dapat merasai kerangupannya di luar, bila dikunyah pula ada rasa empuk dan lembut di dalam.

Bahan-bahan:
200g daging cincang
500g ubi kentang, dipotong nipis
20g daun sup, dihiris halus
20g daun bawang, dihiris halus
20g bawang goreng
2 sudu besar Kicap Manis
2 sudu kecil Kicap Masin
15-18 keping tauhu kering
2 biji telur
1 sudu teh tepung jagung
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk lada sulah
Minyak SAJI secukupnya

Bahan Pencicah
10 biji cili padi
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan Kicap Manis
Secukupnya air
Garam (jika perlu)

Cara membuat
1. Panaskan Minyak, goreng daging sehingga masak, angkat.
2. Panaskan Minyak, goreng ubi kentang sehingga empuk. Angkat.
3. Kisar daging dan ubi kentang secara berasingan sehingga lumat.
4. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
5. Tambah daun sup, daun bawang, bawang goreng, Kicap Manis, Kicap Masin, garam dan serbuk lada hitam.
6. Gunting X di atas tauhu, keluarkan sebahagian isinya. Sumbatkan campuran daging ke dalam tauhu.
7. Pukul telur, tepung jagung, garam dan serbuk lada sulah.
8. Celupkan tauhu dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan sajikan.

Untuk pencicah:
1. Panaskan Minyak , goreng cili padi, cili merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kisar dengan Kicap Manis dan air. Kacau atas api sehingga mendidih.

 

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0