fbpx

Cara Mudah Untuk Pastikan Telur Itu Masih Elok Ataupun Tidak

Fazli
By Fazli

Hampir di setiap rumah akan ada telur. Ianya mudah untuk dimasak. Lagi-lagi waktu tengah lapar dan tiba-tiba lauk lain sudah habis.

 

Cara paling simple untuk pastikan telur itu masih elok atau pun tidak adalah dengan memecahkannya. Tapi cara ini tak berapa berkesan. Bagaimana kalau telur yang dipecahkan itu busuk?

Hanya 4 langkah diperlukan untuk periksa keadaan telur tanpa perlu pecahkannya:

Langkah 1: Sediakan sebuah mangkuk besar berisi air.

Langkah 2: Masukkan telur yang hendak diuji ke dalam mangkuk tersebut

Langkah 3: Lihat pada kedudukan telur itu (rujuk gambar diatas)

  • Telur tenggelam ke bawah sekali dalam keadaan ‘horizontal’ masih elok.
  • Telur tenggelam ke bawah tetapi terangkat sedikit menandakan ianya telah berusia seminggu.Telur tenggelam ke bawah tetapi berdiri tegak menandakan ianya masih elok. Tapi perlu dimasak dengan segera!
  • Telur terapung ke atas menandakan ianya sudah tidak elok. Anda boleh buang terus.

Langkah 4: Jika anda masih tidak puas hati, ambil telur tersebut dan goncangkan. Jika ianya bergoncang, itu tandanya telur tersebut sudah tidak elok.

Mahukan lebih tips seperti ini?

Sila LIKE Facebook iCookAsia serta subscribe ke channel Youtube kami!

Share This Article
By Fazli
Follow:
test