in ,

Cara Mudah Untuk Sediakan Jeruk Mangga Epal. Pilih Mangga Elok-Elok, Dah Ubah Resepi Ikut Rasa Mangga.

Jeruk Buah ini menjadi kegemaraan sesetengah orang, lebih-lebih lagi yang suka pada rasa masam. Dah namanya jeruk kan, pastilah Masam. Seperti perkongsian resipi di bawah ini, cara penyediaan Jeruk Mangga Epal ini begitu telitu. Pastikan anda ikut step-by-step okay, untuk bagi ia menjadi.

Terima kasih Rosnah Harun untuk perkongsian resipi Jeruk Mangga Epal ini 🙂

Bahan-bahan:

20 biji mangga epal (kait di pokok je, hasil tanam sendiri)

1 senduk garam

1.5 kg gula

2 sudu air kapur

1 sudu cuka

Cara penyediaan:

  1. Rendam mangga dengan garam 1 malam dan letak dalam peti ais dan toskan air. 
  2. Rendam pula dengan air kapur dalam 6 jam dan toskan.
  3. Masak air gula dan sejukkan.
  4. Rendam mangga dengan air gula dan cuka, kemudian letak dalam peti ais semalaman. Esoknya dah boleh makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rosnah Harun (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0