fbpx

Cara Nak Buat Biskut Makmur Jika Tiada Ketuhar Di Rumah. Ikut Cara Dan Petua Orang Dulu-Dulu Buat Kuih Legend Ini.

iCookAsia

Unik perkongsian resepi Biskut Makmur oleh Lisa Sarian, jelasnya resipi yang diperoleh merupakan resipi turun temurun daripada ibunda tercinta.

Apa yang menarik, ia tidak perlu dibakar menggunakan ketuhar, hanya masakkan semua bahan di dalam kuali dan uli. Wow, mesti sedap kan rasanya.

Resepi Biskut Makmur

Bahan :
1 kg tepung gandum.
600 g planta
500 g kacang tanah
6 sudu besar tepung susu.
Sedikit Gula aising (tak letak pun tak apa sebab nanti nak salut juga dengan gula aising)

Cara :
1. Tepung gandum sangai sehingga masak. Macam mana nak tau tepung dah masak? Teskturnya akan ringan dan berwarna perang. Masak menggunakan api sederhana dan sentiasa kacau, takut hangus di bahagian bawah. Ketepikan apabila dah masak.

2. Cairkan planta di dalam kuali. Apabila dah cair, masukan tepung gandum yang dah di sangai, kacang tanah (goreng tanpa minyak dan blend), sedikit gula aising dan tepung susu. Kemudian gaul semua sehingga sebati. Tutup api dan tunggu sehingga suam atau sejuk.

3. Selepas itu bolehlah bulatkan mengikut saiz yang dimahukan. Akhir sekali salut dengan gula aising.

Sumber : Lisa Sarian

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x