fbpx

Cara Nak Buat Kuih Rengas Kacang Hijau Yang Sedap, Kuih Kegemaran Ramai Sepanjang Masa

iCookAsia

Seperti mana yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis kuih tradisional yang ada sejak dahulu lagi. Salah satu nya adalah Kuih Rengas Kacang Hijau. Tekstur kuih yang lembut dan dipenuhi dengan kacang hijau membuatkan ia lagi sedap dimakan. Buat makan pagi atau petang pun best juga.

Jom kita try.

Terima kasih Ida Akmal Idameor untuk perkongsian resipi Kuih Rengas Kacang Hijau ini 🙂

Bahan-Bahan:

1 cawan kacang hijau

3/4 gula putih

3 sudu besar kelapa parut

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

1/2 sudu kecil air kapur

1/2 sudu kecil serbuk kunyit

1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, rendam kacang hijau dalam setengah jam atau sehingga lembut.
  2. Kemudian masak hingga empuk dan apabila air dah hampir kering, masukkan gula dan kelapa parut. Kacau sehingga kering.
  3. Tabur tepung gandum, kacau sehingga sebati dan angkat kemudian sejukkan.
  4. Seterusnya, bulat dan lemperkan inti kacang.
  5. Dalam satu bekas berasingan, satukan tepung beras, air kapur, garam dan air secukupnya.
  6. Pastikan adunan tidak terlalu pekat.
  7. Panaskan minyak, celup kan inti kacang yang dibulatkan tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keperangan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Akmal Idameor(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x