in

Cara Nak Buat Vegetable Pancake Ala Korea Yang Mudah Untuk Breakfast

Dah bosan makan pancake kosong je? Jom kita cuba tambah sayur-sayuran dalam pancake kita. Untuk sarapan boleh, untuk makan petang pun boleh.

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
½ cawan Tepung beras
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil Garam
2 cawan Air sejuk
10 ekor Udang, dibuang kulit dan di potong kecil
100 g Taugeh
100 g Lobak merah, dipotong panjang
100 g Cendawan tiram, dipotong
40 g Kucai, dipotong 3 cm
Secukupnya Minyak masak
Secukupnya Sos cili

Cara menyediakan:
1. Satukan tepung gandum, tepung beras, AJI-NO-MOTO® dan garam di dalam mangkuk, gaul rata.
2. Tuangkan air dan bancuh sehingga sebati.
3. Masukkan udang, taugeh, lobak merah, cendawan tiram dan kucai. Gaul sehingga sebati.
4. Panaskan minyak masak, tuangkan sedikit bancuhan cucur dan ratakan. Goreng dengan api sederhana sehingga garing pada kedua-dua belah.
5. Hidang bersama sos cili.

Selamat mencuba!

Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0