in ,

Cara Paling SEDAP Untuk Perap Dan Hilangkan Hanyir Kambing. Ikut Cara Ni, Confirm Kambing Tak Liat.

Terkadang tekak ini teringin makan daging kambing kan? Biasa nak dapatkan hidangan ni di majlis keramaian. Tapi dah jarang dah… maklumlah musim pandemik sekarang ini. 

Jangan risau. Boleh beli daging kambing di mana-mana pasaraya dan buat lah BBQ bersama family pada hujung minggu. Haa… jangan lupa juga untuk ikuti perkongsian dibawah ini. 

Terima kasih Yana Rasid untuk perkongsian cara perapkan kambing ini 🙂

Bahan-bahan:

1/2 Kiub ayam

Sos cili

Sos tomato

Sos tiram

Sos bbq

Dried rosemary

Dried basil

Dried oregano 

Lada hitam (ditumbuk kasar)

Bawang putih (ditumbuk halus)

Madu

Cara membuat:

  1. Campurkan 3 jenis sos bersama madu. Lumur kiub ayam pada daging, diikuti dengan rosemary, basil, oregano, lada hitam dan bawang putih. Kemudian sos yang sudah di gaul dengan madu. Perap 3 ke 4 jam. Lagi lama lagi sedap.
  2. Untuk hilangkan hanyir kambing, rendam 5 ke10 minit dengan air perahan limau. Kemudian ketuk lembut kambing supaya daging tidak keras, perapan pun meresap. Guna lesung batu je pun boleh.

Mudah tak? Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yana Rasid (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0