fbpx

Cara Paling Simple Masak Spaghetti!

iCookAsia

Pernah rasa leceh tak masak spagetti sebab kena rebus dalam periuk lain dulu? Haa.. resipi kali ini sangat mudah sebab masak semua bahan termasuk pasta, dalam satu periuk sahaja. Sangat memudahkan kerja memasak kita di dapur.

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
4 sudu besar Minyak masak
5 ulas Bawang putih, dicincang
250 g Isi ayam, dipotong
5 biji Cendawan shitake, dihiris
10 biji Ceri tomato, dipotong dua
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 ½ sudu kecil Garam
250 g Spageti
1 liter Air
1 sudu kecil Kepingan cili kering
1 batang Daun parsley, dicincang

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih sehingga sedikit keperangan.
2. Masukkan isi ayam, kacau goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan cendawan dan ceri tomato, kacau sehingga masak.
4. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
5. Masukkan spageti dan air. Didihkan selama 15-17 minit. Kacau sekali sekala sehingga air kering.
6. Masukkan kepingan cili kering dan daun parsley, gaul rata dan hidangkan.

Tips:
1) Jika tidak mempunyai periuk yang bersaiz besar, patahkan spageti untuk memuatkannya di dalam periuk.

 

Jom dapatkan barangan dapur yang BERKUALITI di – https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x