in ,

Cara Penyediaan Air Lemon Madu Homemade. Minum 3 Kali Seminggu, Elok Untuk Antibodi Badan.

Admin pasti, ramai di antara kita sudah sedia maklum yang Lemon ini sangat elok untuk membuang toxic dalam badan. Betul tak? Tapi tahukah anda, kalau dicampur dengan Madu lebih elok. Lebih-lebih dapat meningkatkan antibodi kita kalau amalkan 3 kali seminggu. 

Jom cuba! 

Terima kasih Norhaniza Kamaruddin untuk perkongsian resipi Air Lemon Madu ini 🙂

  

Bahan-bahan:

Lemon 4 biji

Gula batu 1 peket/ Madu

Cara penyediaan:

  1. Sediakan periuk nasi untuk masak dalam Rice cooker. Lebih mudah.
  2. Cuci lemon dengan garam. Selepas itu, potong nipis-nipis dan susun dalam periuk.
  3. Taburkan gula batu selapis demi lapis sampai habis lemon. Tekan cooking pada rice cooker dan biar sampai dia naik warm sendiri.
  4. Bila warna sudah tukar perang dan agak kering baru tutup. 

*Cara ini tanpa air ya. 

  1. Apabila sudah sejuk boleh simpan dalam botol dan peti ais.

*Cara pembahagian biasa sahaja, nak minum ambil dalam 3-4 keping dan cengkih sikit.

  1. Letak air panas.

*Rasa agak payau sikit tapi itu la ubat paling mujarab. 

*Sesuai untuk antibodi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Norhaniza Kamaruddin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.