in , , ,

Cara Rebus Belimbing Untuk Sambal Hitam. Air Rebusan Boleh Dibuat Air Asam Untuk Ikan Bakar

Selalunya orang akan berkongsi cara membuat Sambal Hitam kan? Namun kali ini menerusi perkongsian Noridayu Hassan Edayu, kita belajar cara yang betul merebus belimbing buluh.

Menurutnya, belimbing buluh lebih enak dan jimat jika direbus menggunakan kayu api. Malah, air rebusan juga enak dijadikan air asam untuk dimakan bersama ikan atau daging bakar. Boleh cuba ni.

Semalam..kita rebus belimbing..untuk buat sambal hitam..sekawah penuh .dah kecut tinggal hat tu jer..,rebus dlm 2-4 jam…tengah merebus..hujan turun..lebat betul..nasib ada garaj…tapi tu lah..basah jugak kayu apinya…sebab air hujan mengalir masuk…rebus belimbing ni jangan taruh air..cuma taruh garam kasar..nanti air keluar sendiri…rebus lah samping dia kering..tapi  jangan kering sangat..biar ada air sikit…air rebus ni boleh buat air asam untuk cicah ikan bakar or daging bakar..sapa2 ada belimbing kat rumah tu…hah boleh cuba rebus sendiri.


Rebus dengan garam kasar 1 kampit (RM2.00)
.Jangan letakkan air. Air belimbing keluar sendiri.





Resipi Sambal Hitam

Bahan :

3-4 ulas bawang merah

15 biji cili api( boleh kurang kan)

Segenggam ikan bilis

2 sb Belimbing rebus

Cara :

1.Tumbuk semua bahan kemudian panaskan minyak.

2.Tumis semua dengan api sederhana. Masukkan sedikiy air dan tumis sehingga masak dan garing.

3.Boleh tambahkan sedikit garam, namun jika tidak mahu pun tak apa, terpulang.

4.Siap untuk dihidang.

Sumber : Noridayu Hassan Edayu

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0