fbpx

Cara Simpan Limau Kasturi Yang Berkesan Supaya Tidak Busuk Dan Tahan Lama. Simple Je Nak Buat.

iCookAsia

Sekarang ini, ramai dah Admin tengok para ibu nak cantikkan Peti Ais pada segi mengemas bekas, barangan dapur secara tersusun. Termasuklah cara penjagaan sesuatu bahan itu untuk beri tahan lama. Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau telah berkongsikan cara menyimpan Limau Kasturi supaya tahan lebih lama. 

Dengan cara begini, jadi mudah. Apabila nak guna Limau Kasturi dalam masakan, boleh ambil sahaja seketul dua. Bukan dalam masakan shaja, Nak guna untuk buat Teh O Limau pun boleh juga, buat Sambal Belacan pun boleh. Mudah kan? Semoga tips ini bermanfaat untuk anda!

Terima kasih Siti Fatimah Abas untuk perkongsian tips di dapur  ini 🙂

Caranya:


1. Potong dua kesemua limau kasturi bagi mudah untuk perah nanti.


2. Perah limau kasturi dengan menggunakan penapis. Guna penapis kopi pun boleh.


3. Apabila dah perah kesemua limau, sudukan ke dalam bekas kiub ais.


4. Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.


5. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas atau tupperware.
.

Itu sahaja! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah Abas (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x