in , ,

Cara Simpan Sayuran Paling Praktikal. JImat Ruang Dan Masa. Bahan Tetap Segar.

Cara penyimpanan sayur-sayuran memainkan peranan dalam menentukan tahap kesegaran. Selalunya sayuran walau disimpan di dalam peti sejuk, namun ia cepat rosak dan layu. Jadi sukar untuk membuat stok. Bahan asas untuk memasak seperti serai, halia, daun limau purut dan sebagainya juga cepat rosak andai tidak disimpan dengan cara yang betul.

 

Menurut perkongsian Nurul Nabilah, terdapat dua cara untuk menyimpan sayuran iaitu dengan air dan tanpa air dan kedua-duanya disimpan dalam ziplock bag, vacum bag atau air-tight container.

 

Simpan tanpa air lebih praktikal dan menjimatkan ruang, masa dan lebih berkualiti. Manakala andai disimpan bersama air dan disejukbekukan, ia mengambil masa yang lama untuk memasak kerana perlu dinyahbeku terlebih dahulu. Dan perlu diketahui, sayuran, daun dan makanan yang disejukbeku lebih tahan laman berbanding andai disimpan di bahagian chiller.

 

Ini kerana proses penyejuk-bekuan MENGHENTIKAN pembiakan bakteria secara menyeluruh. Selagi dibiarkan beku, selagi itu makanan dalam keadaan baik dan selamat. Tapi jangan salah sangka, bakteria belum mati selagi tidak dimasak pada suhu tinggi.

 

Proses penyejukan MELAMBATKAN pembiakan bakteria. Maksudnya bakteria MASIH MEMBIAK cuma secara perlahan-lahan, sedikit demi sedikit akan buatkan makanan jadi rosak. Biasanya ia mengambil masa selama satu hingga dua minggu, bergantung kepada jenis makanan, suhu dan kelembapan.

Situasi ini berbeza untuk makanan berminyak seperti stok sambal tumis kerana minyak akan membeku dan preserve makanan kita lebih lama walaupun bukan dibahagian freezer.

 

Berapa lama boleh tahan dibekukan?

Maksimum dua tahun bergantung kepada cara penyediaan dan penyimpanan. Namun walaupun boleh bertahan lama, kualitinya mungkin berubah dek kerana terlalu lama disimpan.

 

Barang apa yg boleh disimpan beku?

Segala jenis sayuran dan buah boleh disimpan KECUALI timun, lobak, salad, kobis, celery, tomato atau apa-apa sayuran atau buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi SEBAB kandungan air akan membeku dan membuatkan sayur atau buah lebam dan lembik bila dikeluarkan daripada freezer.

Contoh bahan :

Stok durian disimpan dan dibalut dengan plastik makanan untuk betul-betul kedap udara supaya tiada ais kristal terbentuk pada buah durian.

Elok lawa montok isi kekal sedap!
Ini durian frozen dari JULY 2019 dan JAN 2020 kita buat pulut durian.

Cara nak makan durian frozen?
Keluarkan dan defrost sampai bersuhu bilik. JANGAN makan semasa masih sejuk nanti berangin sakit satu badan.

Serai dibasuh, kemudian ditos sehingga kering. Potong dan simpan ditempat beku. Bila ingin digunakan, boleh terus masuk kuali.

Kunyit dibasuh dan diberus untuk membuang sisa tanah, kemudian terus dimasukkan dalam ziplock dan simpan ditempat beku.

Daun pandan dileraikan sehelai-sehelai dan simpulkan. Simpan di tempat beku.

Kredit info & foto : Nurul Nabilah

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0