fbpx

Cara Simpan Stok Lauk Untuk Tiga Minggu. Tak Perlu Keluar Selalu Untuk Beli Bahan Masak. Bahan Tetap Segar Bila Nak Masak.

iCookAsia

Cara menyimpan bahan basah untuk memasak yang dikongsikan Naeamah Balqis ini cukup sesuai dipraktikkan di kala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di sesetengah negeri.

Selain memudahkan proses memasak, ia juga dapat mengelakkan kita daripada kerap keluar membeli barangan dan sekaligus dapat membantu mengurangkan pola jangkitan wabak yang melanda.

Stok lauk yang dikongsikan ini untuk kegunaan memasak tiga kali sehari selama tiga minggu.

Asingkan setiap bahan basah dalam satu bekas untuk sekali masak. Dan jika ingin masak lebih, gunakan sahaja dua bekas. Sebagai contoh, untuk udang, jika untuk digoreng di dalam sayur atau diletakkan di dalam tomyam, ambil satu bekas. Namun jika untuk lauk utama, gunakan dua bekas.

  1. Masukkan bahan basah dalam satu bekas untuk sekali masak. Masukkan air sampai menutupi bahan basah tadi. Tujuannya untuk mengekalkan kesegaran bahan basah tadi. Kemudian simpan di tempat beku. Apabila ais cair, ikan atau udang tetap segar.
  2. Antara bahan basah yang sesuai diletakkan air dan dibekukan ialah udang, sotong, ikan dan ayam. Namun semuanya harus dibersihkan terlebih dahulu.
  3. Daging dan tulang pula disimpan seperti biasa. Tidak perlu letakkan air.
  4. Apabila memasak, keluarkan dan alirkan di bawah air paip. Jika ayam akan mengambil masa yang lama untuk cair. Jadi untuk memasak pagi esok, keluarkan dan letakkan di bahagian bawah peti ais.

Cara simpan sayur :

  1. Untuk halia, lengkuas dan serai, letakkan di dalam bekas dan masukkan air sehingga menutupi sayuran.
  2. Untuk cili hijau, limau, bawang putih, bawang merah, daun sup, kacang panjang, cili merah, lobak merah, timun, petai, kobis, sawi jepun, bunga kobis dan brokoli, letakkan tisu di bahagian bawah bekas supaya ia dapat menyerap air yang menitis dalam bekas. Sayuran akan bertahan lama. Cuma sawi jepun dan kobis hanya akan dapat bertahan selama satu minggu.
  3. Selalunya tidak perlu beli sayuran berdaun dalam kuantiti yang banyak. Cukup untuk stok satu minggu sahaja.

Menurut Naeamah, bajet yang digunakan untuk stok tiga minggu seperti berikut :

Bajet lauk kat pasaraya cs :-

Udang biasa – RM40.00

Sotong – RM32.00

Ikan tongkol – RM27.00

Telur – RM11.00

 

Bajet lauk kat Pasar Malam :-

Ayam (2 ekor ) – RM35.00

Daging – RM37.00

 

Bajet lauk kat Pasar Borong :-

Tulang lembu – RM23.00

Udang galah – RM35.00

Ikan – RM23.00

Jumlah = RM262.00

 

Sayuran :

Limau kasturi + cili merah + cili hijau + halia + lengkuas + carrot + sawi jepun + timun jepun + RM20.00

Bajet ini bergantung kepada keperluan individu. Dan cara yang dikongsi hanya untuk memudahkan ibu yang keluar bekerja untuk memasak. Malah sayuran yang dibeli juga mampu bertahan lama.

Jika tiada bekas, boleh gunakan plastik dan tidak perlu letakkan air, cuma rasanya akan berbeza jika disimpan lama.

Kredit resipi & foto : Naeamah Balqis

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x