in ,

Cara Simple Membuat Sambal Belacan. Yang Pertama Kali Nak Buat, Boleh Ikut Resepi Ini.

Sambal Belacan merupakan pelengkap hidangan yang paling popular. Dibuat atau dicicah bersama ulam pun sedap. Untuk penggemar pedas pula, memang tak sah kalau tak ada sambal ini. Apa-apa hidangan, mesti nak ada sambal. Betul tak?

Ha, disini Admin kongsikan resipi Sambal Belacan yang paling basic dan sesuai sangat buat anda yang pertama kali ingin mencuba buat. Siapkan semua bahan, dan jom buat!

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Sambal Belacan ini 🙂

Bahan-bahan:

Segenggam cili padi hijau

Segenggam cili merah vietnam

10 tangkai cili besar

2 ½  inci belacan besar 3 jari

1/3 cawan air asam jawa

5 biji limau kasturi -perah air

2 biji ambil limau 

1/2 sudu teh garam (nak masin boleh lebihkan)

1/2 sudu besar gula

1 sudu besar cuka makan

1 sudu besar udang kering (optional)

Cara penyediaan:

  1. Bakar dahulu belacan. 
  2. Campur semua bahan dan blend. Ikut suka nak hancur atau tidak. Kalau terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0