in ,

Cara Tradisional Yang TERBAIK Membuat Nasi Lemak Dan Sambal Tumis Bilis

Nasi Lemak merupakan hidangan yang sangat popular dan digemari oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Bagi sesetengah orang, tak lengkap hari mereka jika tidak makan Nasi Lemak untuk sarapan pagi. Digandingkan pula bersama Sambal Tumis Bilis yang sesuai dengan tekak orang Malaysia. Wah, nikmat!

Untuk episod kali ini, Datin Adek ditemani oleh Puan Asnah Ahmad yang merupakan seorang peguam untuk menyediakan hidangan Nasi Lemak dan kongsikan resipi Sambal Tumis Bilis.

Resipi Nasi Lemak dan Sambal Tumis Bilis ini diambil daripada buku Malaysia’s Culinary Heritage, hasil kerja Datin Kalsom dan Datin Hamidah.

Anda boleh dapatkan buku ‘Malaysia’s Culinary Heritage’ ini secara ‘online’ di – https://shop.icookasia.com/

 

Hidangan untuk 8 orang

Bahan-bahan:
daun pisang untuk mengalas pengukus
3 cwn beras (beras Basmati atau apa-apa beras panjang)
3 cwn santan
2 cm halia muda, dikupas dan dihiris nipis
6 ulas bawang merah, dikupas dan dihiris nipis
3 ulas bawang putih, dikupas dan dihiris nipis
2 btg serai, diketuk
2 helai daun pandan, disimpul
garam secukup rasa
1⁄2 sdt halba, direndam di dalam air (jika suka)

Cara membuat:
1. Masukkan santan, halia, bawang merah, bawang putih, serai dan daun pandan ke dalam mangkuk besar.
2. Alaskan loyang pengukus dengan daun pisang. Tebuk lubang yang kecil supaya wap boleh keluar.
3. Letakkan pengukus dan didihkan air. Masukkan beras ke dalam loyang dan tutup.
4. Setelah naik wap, angkat loyang dan alihkan nasi ke dalam besen yang berisi campuran santan dan bahan-bahan lain. Biarkan sehingga santan meresap masuk ke dalam nasi.
5. Masukkan semula nasi dan campuran santan ke dalam loyang dan kukus lagi.
6. Setelah naik wap, angkat penutup dan gembur nasi dengan garpu. Masukkan halba dan kukus lagi sehingga masak.

Bahan iringan:
2 biji timun, dikupas dan dihiris
4 biji telur, direbus dan dibelah
200 g kacang tanah, digoreng
150 g ikan bilis, digoreng
sambal atau sambal ikan bilis

Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:
3⁄4 cwn minyak masak
Bahan yang dikisar halus
6 ulas bawang merah, dikupas dan dicincang
4 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
2.5 cm belacan
50 g cili kering, dipotong dan direndam di dalam air panas
1⁄2 cwn santan
11⁄2 sdm pes asam Jawa
1 cwn air
1 labu bawang besar, dibelah 4 dan dipotong membulat
300 g ikan bilis, dibuang kepala, dibilas dan dituskan
3⁄4 cwn gula
garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan dan air asam Jawa dan tumis menggunakan api yang sederhana.
3. Kecilkan api, masukkan bawang dan ikan bilis dan renehkan sehingga terbit minyak. Perisakan dengan gula dan garam dan seimbangkan rasanya.
4. Masak sehingga bawang menjadi layu.

Video resipi ini adalah hasil kerjasama Sime Darby Oils dan Kalsom Taib Publishing.

Untuk maklumat lanjut tentang Sime Darby Oils, sila layari: https://www.simedarbyoils.com/ atau di:
Instagram: https://www.instagram.com/simedarbyoils/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/simedarbyoils/
Facebook Minyak Masak ALIF: https://www.facebook.com/officialMinyakMasakALIF/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCuJFGGhM3Y35x-8ckmyH3_A

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0