Skip to content Skip to footer

Events

EKO KAMPUNG CULINARY 2016 : Peraduan Recipe & Masakan
Eko Kampung Cuisuine 2016 telah diadakan pada pada 27 Ogos 2016 bertempat di Eco Ponies Garden, Lamunin , Tutong dengan tema resipi berasaskan bunga dan herba tempatan. Tetamu Kehormat Yang Mulia Awang Wardi bin Hj Mohammad Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Beliau juga telah melancarkan┬áLaman Web iCook Asia Brunei. Laman iCook Asia adalah video No.1 dalam saluran resipi di Malaysia kini melebarkan sayapnya ke Negara Brunei Darussalam, dengan melancarkan iCookAsia Brunei yang boleh dilayari di www.icookasia.com/bn bertujuan untuk mempromosikan makanan Brunei tempatan, dan untuk menjadi hab bagi tukang masak, tukang masak, pencinta makanan, YouTube, dan penulis blog khas untuk penduduk di Negara Brunei Darussalam. Dalam pertunjukkan Demo masakan, seramai 5 CHEF telah menunjukkan resipi dan seorang tetamu jemputan; mereka ialah: 1) Chef Dr Shahrim yang dijemput khas dari Malaysia, dengan mengunakan herba-herba dan bunga beliau mengenalkan resipi Nasi Kerabu Nyonya Beliau juga adalah ketua juri bagi Peraduan Masakan. 2) Chef Rezal, Ketua Chef Rizqun International Hotel dibantu oleh Chef Shahrul telah memberi 2 resipi ; Kueh Keria dan Pengat Ubi Kayu   3) Chef Seri dibantu oleh Chef Syokrin telah menyediakan Tart Rambutan dan Durian Puff. 4) Pengarah Besar RBC Sdn Bhd, Awg Ahmad Husaini Hassan juga telah menunjukkan satu resipi secara spontan; Kerabu Jantung Pisang dan Pucuk Paku bersama Air Kelapa.