in ,

Cekodok Pisang Tanpa Menggunakan Serbuk Penaik. Gerenti Senang!

Buat anda yang baru sahaja ingin cuba atau belajar memasak, cekodok pisang adalah antara masakan yang ingin dicuba. Nampak macam senang untuk dibuat, tetapi sebenarnya ia memerlukan skills dan mengikut pada sukatan yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang cantik. Jom cuba follow resipi di bawah?

Terima kasih Kuali Helena untuk perkongsian resipi Cekodok Pisang ini 🙂

Bahan-bahan:

5 biji pisang berangan

1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 sudu besar tepung beras

1 sudu besar gula

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Lenyekkan pisang, gaulkan dengan kesemua bahan di atas.
  2. Panaskan minyak, jemput adunan dengan hujung jari.
  3. Goreng hingga kecoklatan.

Video Rujukan

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi, video dan gambar: Kuali Helena (Instagram)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Written by iCookAsia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0