fbpx

Chee Cheong Fun Udang Sedap Mengalahkan Edisi Ipoh. Yang Penting, Confirm Halal.

iCookAsia

Siapa selalu ke Ipoh mesti tak lepaskan peluang bersarapan di lokasi paling popular di sana kan? Paling win tentulah Chee Cheong Fun Udang. Namun kini ada alternatif buat sendiri dan yang paling penting, HALAL dan tidak diragui bahan-bahan yang digunakan.

 

Cara :

1. Untuk mengurangkan stress membancuh tepung dan mengukus, gunakan sahaja spring roll paper.

2. Ambil 3-4 keping dan rendam dalam air. Tidak perlu lama sangat, agak-agak lembut sahaja.

3. Ambil tudung periuk dan sapukan minyak. Letakkan spring roll paper dalam 3 ke 4 helai.

4. Kemudian susun udang yang sudah dibersihkan. Selepas itu kukus.

5. Kukus dalam 3 minit sehingga lembut.

6. Apabila sudah lembut, angkat dan gulungkan rolls tadi bersama udang.

7. Paling penting dalam hidangan ini ialah sambalnya. Sediakan 10 biji cili kering, bawang merah sederhana besar sebiji, bawang putih lima biji dan kepala udang atau udang kering.

8. Goreng sehingga garing semua bahan. Kalau nak goreng satu persatu pun boleh. Udang masukkan akhir sekali. Ketepikan. Tunggu sejuk dan kisar semua bahan.

9. Panaskan minyak dan tumis. Masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu cuka makan, garam dan perasakan secukupnya. Tumis sehingga pecah minyak dan warnanya merah. Siap.

10. Ini cara membuat sos kicap. Masukkan semangkuk air rendaman kepala udang. Letak air biasa pun boleh. Kemudian tambah satu senduk kicap manis, sos tiram, satu sudu gula dan dua ulas bawang putih.

11. Didihkan. Boleh letakkan sedikit minyak bijan. Jika tak mahu letak pun tak apa. Terpulang.

Sumber : Ujie Ibrahim

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x