in , , ,

Cheesy Meatball Guna Sos Pasta. Tak Susah Pun Nak Buat.

Kalau melihat menu western ni, dalam kepala mesti susah nak buat kan? Tetapi percayalah, masakan western antara yang paling mudah kerana penggunaan bahan yang asas dan cara memasak yang ringkas. Kata kuncinya, perlu rajin mencuba.

Seperti resipi Cheesy Meatball ini, dengan hanya pengunaan beberapa bahan, terhasillah hidangan mewah atas meja. Resipi ini tidak perlu perasakan dengan garam kerana sos pasta sudah sedia sedap dan cukup rasa.

 

Bahan :

Minyak Masak

1 Biji Bawang Besar

6 Ulas Bawang Putih

Bebola Daging Frozen (Byk jenis brand dekat pasaraya)

1/2 Botol Sos Pasta @adabi_consumer

Cendawan Tin – hiris

3 Keping Cheddar Cheese

Mozzarella Cheese

Parsley @hexafood

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  2. Selepas itu masukkan bebola daging dan goreng sehingga masak.
  3. Masukkan setengah botol sos pasta dan gaul rata. Campurkan cendawan.
  4. Letakkan kepingan keju cheddar di atasnya dan kemudian taburkan keju mozarella.
  5. Akhir sekali taburkan parsley di atasnya.
  6. Sedia untuk dihidang

Kredit resipi & foto : Ain Aziz

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0