fbpx

Cheesy Sausage Ball. Buat Bentuk Bulat-Bulat Ni, Baru Senang Untuk Dimakan. Dapat Pula Tarik Cheese Tu… Wow!

iCookAsia

Hidangan Cheezy Sausage Ball ini antara menu di negara Barat. Bahan yang digunakan iaitu mozzarella sangat popular untuk memberi effect cheese tarik pada makanan. Dan juga, ia sangat sesuai untuk dihidangkan untuk minum petang. 

Terima kasih Nur Adiba Amira untuk perkongsian resipi Cheezy Sausage Ball ini 🙂

Bahan-bahan:

Sausage (rebus dan dipotong dadu)

Mozzarella cheese (dipotong dadu)

Serbuk roti

Telur

Tepung gandum 1 cawan

Tepung penaik 1 setengah sudu kecil

Garam secukupnya (bancuh bersama air masak biasa)

Susu full cream sikit (agak-agak)

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung gandum, tepung penaik, garam dan susu full cream. Uli sehingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada tangan.
2. Selepas itu, balut sosej serta cheese pada bentuk bulat.


3. Ambil air sikit untuk bagi kemas supaya tidak terbuka.
4. Akhir sekali, salutkan bebola tadi dengan telur dan salutkan kan dengan serbuk roti.


5. Goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul betul panas. Angkat apabila warna sudah keemasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nur Adiba Amira (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/ 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x