fbpx

Chicken Chop Blackpepper Sauce. Siap Ada Resepi Mashed Potato Gebu Ala KFC

iCookAsia

Nak sediakan hidangan western tak semestinya kena sempurna macam di kafe kan? Kata empunya resepi, Nik Nur Zakia resepi western kampung style ini memang tidak sukar pun untuk disediakan.

Dan lebih istimewa jelasnya, Mashed Potato diinspirasi ala KFC.

Jadi jom ikuti step by step penyediaan Chicken Chop Blackpepper Sauce.

Untuk coleslaw, guna kubis dan carrot sahaja. Potong memanjang untuk kobis dan potong dadu untuk carrot.

Selepas itu gaul sebati dengan mayonis. Masukkan sedikit susu segar dan garam secukup rasa. Masukkan dalam bekas kedap udara dan letakkan di  dalam peti ais. Jangan letak dalam freezer.


Selepas siap kopek kulit kentang, potong dadu. Masak sehingga empuk.

Bahan untuk membuat mashed potato ala KFC. Masukkan susu segar secukup rasa dan butter cup dua sudu.


Selepas itu basuh ayam bersih-bersih. Kemudian tumbuk halia, bawang putih dan lada hitam. Perasakan dengan garam dan lumur dan gaul semua bahan tadi. Perap sebentar.

Boleh gunakan apa sahaja jenis tepung untuk salut tepung.

Sebelum gaul, sediakan telur sebiji dan gaul dengan garam dan lada hitam. Campurkan tepung gandum dengan tepung jagung supaya dia melekat dan rangup. Celup ayam dalam telur selepas itu gaul dengan tepung.

Untuk gravy, sediakan sebiji bawang besar dan potong dadu. Panaskan minyak guna butter, masukkan bawang, masukkan lada hitam yang ditumbuk, masukkan sos tiram, sos cili, sos lada hitam dan kicap. Kemudian masukkan air secukupnya. Untuk pekat, masukkan tepung jagung.

Jika mahu lebih gelap, letak lebih kicap. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Sumber : Facebook Nik Nur Zakia

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x