fbpx

Cinnamon Roll Lembut Dan Enak. Resipi Chef Popular Untuk Dicuba

iCookAsia

Kedai bakeri tutup namun hajat di hati teringin nak makan Cinnamon Roll. Tak perlu risau, Chef Safura Tawil berbesar hati kongsikan resipi istimewa ini untuk manfaat bersama.

Bukan calang-calang chef, Safura telah banyak mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul pingat emas pada pertandingan Cef Kulinari 2020 di Dublin, Ireland baru-baru ini menerusi sajian Nasi Lemak Bunga Telang.

Namun apa pun, kita cuba dulu resipi Cinnamon Roll yang dok memanggil-manggil daripada tadi.

“Jom buat Cinnamon Roll, bakery tak buka kan. kalau teringin boleh buat sendiri. Mudah saja, inshaAllah ☺️

Cinnamon roll recipe

Bahan :

400 gm tepung High protein / tepung gandum

50 gm Butter

150 ml Susu segar

7 gm Yis

125 ml Air suam

50 gm Gula

1 1/2 tsp Garam

1 biji Telur

1 biji Telur kuning

1 tsp Bread softerner/ ovelet ( jika ada)

 

[For filling, boleh letak chocolate or etc dlm filling]

1/2 cup Gula perang

2 tsp Serbuk Cinnamon

1/2 tsp Garam

Butter (untuk Sapu atas doh)

*Adunkan gula perang, serbuk cinnamon dan garam.

 

[For spread on top after baked]

Icing sugar

Butter

Condensed milk or fresh milk

*amount agak-agak ikut kemanisan dan creamy yang disukai (campurkan butter, icing sugar and milk)

 

Cara :

1.Panaskan susu segar dan butter dengan api kecil untuk cairkan butter sahaja dan sejukkan. Pastikan tak panas bila diadun nanti .

2.Kemudian campurkan air, yis dan sedikit gula dalam cawan supaya senang nampak yis mengembang dan berbuih. Biarkan dalam 5 hingga 10 minit

3.Dalam mangkuk campurkan tepung, garam, dan gula. Selepas itu masukkan campuran yis, campuran milk butter dan telur. Masukkan juga bread softener (jika ada). Kalau doh terlalu lembut boleh tambah sedikit tepung. (Guna mixer juga boleh)

4.Uli adunan di atas meja sehingga lembut dalam 10 hingga 15 minit. Cara untuk tahu doh dah okay, apabila tarik melebar dia tak mudah koyak.

5.Peram doh selama 45 minit sehingga satu jam terpulang pada suhu tempat masing-masing. Biarkan sehingga kembang dua kali ganda.

6.Setelah peram, letak tepung supaya tak melekat sebelum roll empat segi memanjang. Sapu butter di semua permukaan doh dan tabur campuran filling dan gulung doh. 7.Setelah itu, potong doh 12 bahagian. Guna benang lebih mudah

8.Sapu butter dalam loyang dan tabur campuran filling sikit. Susun cinnamon roll jarak-jarak skit kerana nanti akan mengembang. Sekali lagi peram seketika sehingga kembang sekali ganda dalam 45 minit sehingga satu jam terpulang pada suhu tempat masing-masing sebelum bakar

9.Panaskan oven 180 c dan bakar selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.

10.Apabila siap masak, sapu campuran butter spread di atas cinnamon roll untuk lebih moist, sedap dan menyelerakan. InshaAllah.

Sumber : Chef Safura

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x