fbpx

Coklat Hazel Chips Ala Chipsmore. Bukan Sekadar Untuk Raya, Buat Kudapan Anak-Anak Di Rumah. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Biskut raya kali ini lain sedikit, jika orang asyik mencari coklat chips ala Famous Amous, kali ini ia lebih mesra kita buat ala Chipsmore pula. Betapa senangnya nak buat sehinggakan kanak-kanak 9 tahun pun mampu melakukannya dengan cemerlang.

“Hasil keja tangan anak umur 9 tahun , Ibu just printkan resepi yang lain dia buat sendiri 😁😁 apa yg tak paham baru ibu terangkan..Ahamdullilah menjadi cookies dia rasa ala2 chipmore kudapan untuk adik dia umur 3 taun time bulan puasa nnti ..saya share sekali resepi disini”

 

Coklat Hazel Chips

Bahan :

*250 gm Butter Salted ( nak sedap pakai pure butter saya pakai SCS butter )

*1 Cawan gula perang

*1 sk Esen vanilla

1 Biji telur

¼ Cawan minyak

2sb Nuttela Hazel @ Hazel Paste

2sb Serbuk koko

½ Cawan tepung jagung

1sb Tepung Beras @ serbuk empleks 1sk

1sk Serbuk baking powder

½ sk Serbuk baking soda

½ sk cream of tar tar

1 Cawan nestum original

2 ½ Cawan tepung gandum

1 Cawan badam disanggai dulu atau dibakar dalam oven

1 Cawan coklat chips (sebelum buat letak dalam peti sejuk bagi keras supaya bila bakar tak cair sgt)

Cara :

1. Satukan semua bahan yang bertanda * bagi sebati. Kacau menggunakan senduk sahaja, tak perlu mixer.

2. Apabila sudah sebati, masukkan telur dan kacau lagi.

3. Kemudian masukkan minyak dan kacau rata.

4. Masukkan Nuttela hazel@ hazel paste dan serbuk koko, kacau sebati dan masukkan pula tepung jagung, tepung beras @empleks, serbuk baking powder, serbuk baking soda dan cream of tar tar. Kacau sebati.

5. Masukkan nestum dan kacau. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau.

6. Akhir sekali masukkan badam dan coklat chips, kacau sebati. Sudah siap, simpan dahulu adunan dalam peti ais dalam 30 minit sehingga 1 jam untuk ranggupkan biskut.

7. Selepas keluarkan, biarkan dalam 30 minit dan baru sudukan ke loyang agak-agak sebesar duit 20 sen dan susun jarak-jarak kerana ia akan mengembang bila dibakar.

8. Bakar menggunakan api atas bawah selama 25 hingga 30 minit pada suhu 170’c mengikut oven masing-masing. Panaskan oven dulu sebelum masukkan cookies ya.

Sumber : Norhazalin Rasib

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x