in , , ,

Comelnya Seri Muka Versi Mini. Resipi Gerenti Jadi

Resipi Kuih Seri Muka yang sama namun diolah cara mengukus menjadikannya versi comel dan bulat. Selain Seri Muka, orang belah utara memanggil kuih ini sebagai pulut sekaya.

Caranya mudah, namun bahagian hijau harus dimasak terlebih dahulu dan baru dikukus bersama pulut. Sukatan resipi ini untuk 18 biji.

Terima kasih Azila Ismail di atas perkongsian resipi.

 

Lapisan Bawah:

150 gram beras pulut – rendam 1-2 jam

¾ cawan santan segar pekat

¼ sudu kecil garam

 

Cara :

  1. Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang.
  2. Kukus pulut di dalam periuk pengukus yang telah mendidih airnya sehingga masak.

Lapisan Atas:

1 cawan santan segar pekat

¼ cawan air daun pandan – kisar 3 helai

½ cawan gula pasir

1 biji telur – saiz B

¼ cawan tepung gandum

¼ sudu kecil garam

Sedikit pewarna hijau

 

Cara :

  1. Masak sekejap sehingga keluar wap, kemudian tuang ke atas pulut dan kukus selama 20 minit.


Kredit resipi & foto : Azila Ismail

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0