fbpx

Confirm Menjadi Kalau Guna Resipi Buat Vadai @ Masalode Ni. Terpulang Nak Kisar Atau Tumbuk, Dua-Dua Sedap

iCookAsia

Kuih masalode atau orang kita sering panggil Vadai ini antara kuih tradisional masyarakat India yang cukup popular. Selalunya ada yang sukakan kacang dhal kasar kerana punya tekstur rangup ketika dikunyah, namun ada juga yang suka jika kacang dhal dikisar, apa-apa pun terpulang kepada selera masing-masing. Sendiri yang buat kan?

Ada juga yang menikmatinya dengan lada hijau, lagi kick rasanya.

 

Bahan :

400 gm Kacang dhal

1 biji bawang merah – potong dadu

1 sudu makan jintan manis

2-3 tangkai cili kering – potong kecil

3 tangkai daun kari – potong kecil

Garam, gula dan perasa secukupnya

Cara :

1. Bersihkan kacang dhal dan rendam selama tiga jam.

2. Ambil segenggam kacang dhal dan ketepikan. Selebihnya, kisar dengan sedikit air sehingga hancur.

3. Toskan airnya kemudian gaul bersama bahan-bahan lain ( bawang merah, jintan, cili kering, daun kari dan kacang dhal yang diasingkan tadi.)

4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

5. Biarkan adunan selama satu jam.

6. Panaskan minyak dan goreng adunan tadi sehingga garing dan kekuningan.

7. Angkat, toskan dan sedia untuk dinikmati.

Sumber : Ana Shafia Aishah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x