X

Cookies Ala Famous Amos. Kacau Pakai Senduk Je, Dapat Biskut Raya Paling Sedap. Resipi #Ramadan

Pertengahan Ramadan ni ramai yang dah sibuk buat kuih raya kan. Yang pastinya biskut coklat chip ala Famous Amos antara biskut paling ramai orang cari. Resipi kali ini cukup mudah, tak perlu menggunakan mixer, hanya gaul guna senduk dan bakar.

Selalunya resipi biskut atau kek yang dikongsi menggunakan bahan yang pada harga mampu milik, jadi kalau nak biskut lebih sedap, kenalah gunakan bahan premium.

 

“Punggah baking area tengok semua bahan ada so kita ONZ terus buat cookies ala Famous Amous ni. Resepi simple sangat, pakai senduk je kacau2 bagi sebati, pastu cubit2 pakai tangan and bakar. Senang kan.. boleh ajak anak2 buat..

Adunan ni dapat 4 bekas yg macam kakbai pakai tu. Bekas kakbai tu hat yg lebar punya bukan yg small tau, so mmg resepi ni dapat banyak, bolehlah share dgn jiran2 sekali.. alang2 tak dapat balik raya, bolehlah gemuk sesame. Thanks Anney Z Mustapha yg cantek lagi rajin sudi share recepi dengan kita.”

 

Bahan :

250 gram Butter

1 1/4 cawan Brown Sugar

1 sudu kecil Essence Vanila

1 biji Telur

2 1/2 cawan Tepung Gandum

1/2 cawan Tepung Jagung

1 sudu kecil Baking Powder

1 sudu kecil Soda Bikarbonat

6 sudu besar Minyak Masak

2 cawan Coklat Cip

Almond nips / almond flakes –jika suka

*Lagi premium (jenis mahal) bahan yg digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!

 

Cara :

1. Masukkan butter, brown sugar, essence vanilla dan telur. Kacau sekadar untuk sebati, tak perlu lama-lama. Ramai yang buat silap di sini, jangan menggunakan mixer. CUkup sekadar guna spatula, senduk atau sudu sahaja. Nak pakai tangan pun boleh. Bila bahan dah bercampur, berhenti. Tak perlu bagi kembang dan tak perlu tunggu sampai gula larut. Cukup seminit dua.

2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pulak tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, baking powder dan minyak masak. Kacau lagi bagi sebati dan sekadar untuk campurkan bahan, Berhenti bila sudah sebati.

3. Bila semua dah sebati, masukkan coklat chip. Kacau sebati supaya semua bahan mesra. Sekadar kacau perlahan.

4. Kalau rasa nak tambah badam nipis, almond flakes, cornflakes atau nestum, boleh tambah ikut suka. Macam kakbai, asingkan sikit untuk letak almond nipis so dapatlah dua jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati.

5. Adunan yang dah siap dimasukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah adunan supaya tak bercampur dengan bau bawang, petai, budu. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Pastikan adunan jadi keras sedikit.

6. Sapu tray dengan butter. Tak perlu letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dalam gambar, musim PKP ini jangan izinkan mereka bergaul. Cubit sahaja adunan, tak perlu tekan dan penyetkan. Nanti bila bakar doh akan cair dan turun sendiri.

7. Sebelum itu, panaskan oven pada suhu 150C guna api atas bawah. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul-betul rupa adunan sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Jangan selalu buka oven, nanti biskut akan bantat.

8. TADAAA!✨ Famous Amous PKP cookies is DONE!

9. Masa baru keluar oven biskut ini lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy, bolehlah ngap dengan rasa bersalah sebab dah nak raya nanti tak sempat kurus  Eh ada ke raya tahun ni? SELAMAT MENCUBA!

Sumber : Baizura Muhammad

 

iCookAsia:

This website uses cookies.

Read More