in , , ,

Creamy Carbonara Spagheti. Tiap Kali Masak, Memang Licin Habis.

Apa barang guna sos segera kalau boleh buat sendiri? Betul tak? Waktu inilah kita harus teroka dunia masakan, gunakan resipi perkongsian lain dan aplikasi mengikut citarasa sendiri.

Kata pemilik resipi, MrsMoon MJ, inilah menu paling hangat setiap kali musim potluck dan apa yang pasti, mesti sold out. Tinggal bekas sahaja.

“This is my signature dish. Gitu.

Tiapkali sekolah anak buat potluck untuk apa-apa event sekalipun, Mommy dengan bangganya buat menda alah ni. Memang tak pernah buat menda lain.

 

Cikgu-cikgu pun dah tahu sangat. Kalau tengok anak bawa dua tupperware kaler merah dan kuning, spageti mokmung la tu. Alhamdulillah, setakat ni anak tak pernah bawa balik baki. Licin.

 

Kakmoon tak suka guna yang sos instant. Sejenis suka explore bahan-bahan makanan. Bukan rajin, tapi jenis wat bijok.”

 

Resepi sos creamy carbonara :

Bahan :

Butter

Bawang holland – potong dadu

Bawang putih – cincang. Potong dadu pun boleh

Protein (sausage/pepperoni/chicken ham)

Cendawan butang (optional)

Perasa

Full cream milk

Pasta/Cooking cream

Parmesan cheese

Cheddar cheese

Mixed herbs

 

Cara :

1.Tumis bebawang dengan butter. Apabila layu masukkan protein dan goreng sampai masak. Selepas itu, masukkan full cream milk. Dan bila menggelegak, masukkan pasta cream. Akhir sekali masukkan parmesan cheese dan cheddar cheese.

2.Kalau mahu sos yang cair, tambah susu. Jika nak pekatkan sos, masukkan keju dan krim pasta. Perasakan. Taburkan mixed herbs.

Sumber : MrsMoon MJ

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0