fbpx

Cuba Buat Pizza Homemade Pun Sedap Juga. Lagi Banyak Topping Lagi Best

iCookAsia

Biasa kita beli sahaja Pizza kan? Apa kata kali ni kita cuba buat sendiri pula. Nak letak topping ikut kesukaan masing-masing pun boleh tau. Sangat jimat dan boleh makan banyak, nak buat makan petang atau dinner pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Muliyana Suhud perkongsian resipi Pizza Homemade ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan (Doh Pizza):

1 3/4 cawan tepung gandum

3/4 cawan air suam

1 sudu besar mauripan

1/2 sudu kecil gula dan garam

1 sudu besar minyak masak

Cara membuat:

  1. Mula-mula, satukan air suam, yis dan gula serta tunggu hingga berbuih dalam 3 hingga 4 minit.
  2. Kemudian, campurkan tepung, garam dan minyak. Sebatikan.
  3. Campurkan tepung dan yis tadi serta uli dan bulatkan.
  4. Tutup pakai kain basah dan tunggu naik sekali ganda dalam 20 hingga 30 minit.
  5. Seterusnya, canai doh atas tray atau tutup periuk dan cucuk pakai garfu sikit-sikit pada doh supaya keluar angin. Bakar doh sekejap dalam 5 minit pada suhu 150°c.
  6. Letak topping kesukaan anda, boleh letak sos spaghetti, tuna tin, sosej dan sikit mayonnaise.
  7. Taburkan cheddar dan mozarella cheese.
  8. Akhir sekali, bakar pada 180-190°c dalam masa 15 hingga 25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muliyana Suhud(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x